Thursday 26 June 2014

Cari-cari Barang Kahwin 1

Assalamualaikum semua,

Macam yg CikHati janjikan, post kali ni is about the preparation towards my wedding. Bab kali ni nak sembang bab perkara- perkara yg perlu effort lebih dr pengantin; nak kena bt sendri myb for majlis tunang dan nikah.

Hujung bln Disember tahun lepas, CikHati dan En.R pegi cari kain yg sesuai utk bt baju pernikahan nak bt kenangan sepanjang hayat. CikHati ni memang rajin sgt usha kalau mana2 ada sale kain kan maklumlah Year End Sale kan. Selepas selidik punya selidik dan bertanya pada expert2 bab kawen ni, kami amik keputusan nk pegi ke Wisma Jakel Shah Alam kat Seksyen 7, area pintu masuk Uitm. Memang kaw2 punya diskaun tau.

Kalau B2B yg memang x expert bab material kain mcm kami nie, kt Jakel, dia dh bt package kain pengantin la kiranya. Baju untuk perempuan dan lelaki, include skali lace utk baju korang. Just pilih yang mana warna yg dh dirancang. Additional accesories mcm veil dan sampin lain harga ye. Standard harga ada yg paling murah RM300++. Bunyi mcm mahal, tp cayelah bila korang g beli rasa berbaloi-baloi dengan layanan yg mesra yg dapat dari korang mula cari kain sampai la masuk beg kertas tu, nk mintak diskaun dari harga diskaun yg dapat pon bole. Kat tingkat 4 tau. Tapi kena sabar sbb mmg ramai gile org. Nie kitorang punya.

purple gitu: ada lace, atas tu veil readymade.


Ada jugak kedai kain lain yg bt sale dan agak ternama jugak mcm:
1. Euro Moda
2. Gulatis Silk House
3. Kamdar
4. Nagoya Textile
( semuanya ada branch all over Malaysia, nak tau kat mana? Hehehe..korang search la official webnya ye...)

 Bab cari tukang jahit, mama sendiri offer. Alhamdulillah. Kalau nak ikutkan upah utk baju perempuan not less than RM 100, baju cik abg more than RM 150 depend pada design dan kerumitan material kain tu. Lace tu kan ada labuci , manik bagai tu yg jadi rumit skit sbb kadang2 jarum kt mesin jahit patah, nak buang manik kt area nk jahit tu dulu...bla...bla..bla. ( Rate harga ni area kedah tau, CikHati org kedah..heheheh...). Tempat lain xtahu. Kalau ada yg tahu, boleh tinggalkan kt ruang komen kt bwh..bole ramai2 refer. TQ.


VEIL
Untuk yg tak tau veil tu ape, ianya kain hiasan yg lapik ats kepala pengantin perempuan.Veil ada byk jenis bergantung pada panjangnye. Contoh macam kat bawah.


Veil
 Kat Wisma Jakel ada variety length. Pilih je mana2 tp harga pun variety jugak ye. Versi org sebenar cmni:
 
Pilihan wanita mat saleh slalunya: flyaway& catherdal

Pilihan wanita melayu: fingertips @ ballet


Kebanyakan yg amik tempahan bt veil ni ambil masa sbulan ke 2 bln nak siapkan order. So korang better cari cepat2 tau !! Meh CikHati nak promote utk B2B yg nak tempah veil untuk majlis tunang @ nikah @ sanding. .Harganya berpatutan dan memang puas hati.- Veil by Adria Cottage. Korang usha2 dulu blog dia dan kt fb page ok? Kalau nak tye ape2, tya trus kt akak tu..heheheh...


Blog dan FB page.



KASUT
Untuk kasut, ada bole tempah ada bole cari kat kedai kasut je. CikHati cari kt kedai sbb senang bole tgk, belek2, test pakai. Kasut ni utk nikah je sbb kalau sanding dah skali pakej dgn baju pengantin. Buat survey kt kedai, tibe2 hati tertancap pada satu kasut yg simple dan ada lace kilat2 (bolelah utk nmpk mcm exclusive skit) di XES Shoes. Jenis ballerina flat sbb CikHati tak suka kasut tinggi, xbiasa der..Harga RM 49.90. Hohohoh, jimat gila2 duit aku. Bole pakai pegi jalan2 pasni. Ini kasutnya. Ada warna, brown gold, black dan silver. Benda ni seriously HOT ITEM. Cepat2 pegi grab ok? Nak refer jenis kasut lain kt XES tp xnak g kedai? Bukalah web dia http://www.xesshoes.com.my/
 
Selesa, bole pakai utk ape2 aktiviti pasni.


HANDBOUQUET
Mayb handbouquet xdela penting mana dan dah disediakan menjelang hari bahagia. Tapi katakanlah nk guna utk solemnization anda, anda bole buat sendiri atau tempah kt org atau sewa je kt butik2 pengantin. Handbouquet skang ada bentuk manik namanya pearl handbouquet, ada guna brooch, ferrero rocher slain dari yg biasa kita tgk. Hmm...skang ni mcm2 style, cuma korg kena rajin usha internet. So, mana yg bagus? CikHati cadangkan korang minta bantuan pakar:
1.  https://www.facebook.com/SyafiqaPHB?fref=ts
2. https://www.facebook.com/LolavieHandbouquetNEtc?fref=ts

 * (yg ini ok kualitinya, tp kalau yg lain2 cube risik2 dulu ye- klu nk komen kt ruang bwh pon ok..hehehe)



cth je..


p/s: Okla, sampai sini jela untuk chapter 1, nanti CikHati sambung lagi chapter 2. Tunggu tau. Please follow my blog.


  Sekian coretan,

cikhatimerahjambu


Wednesday 25 June 2014

Cara Mencari Kalendar Solat Bulanan- Khas utk Bulan Julai (Ramadhan)

Assalamualaikum semua,

Dah tak lama kita nak menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah berkesempatan lagi bertemu untuk kali nie. Jom kita refresh skit pasal puasa.

Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).

Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut ( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya.” 

Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam matahari”.  


Syarat sah puasa: beragama islam, baligh, berakal & bebas dari uzur syarie. Hmmmm, ape benda uzur syarie?  Korang boleh dapat in detail bab puasa kt link ni  http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/syarat-wajib-puasa.html




--Bab Cari Kalendar Solat lak--


Ok. Skang ni  pasti ada yg tercari- cari kalendar utk masuk waktu subuh dan maghrib. Meh CikHati ajar mcm mana nak cari.

2. Korang akan nampak ni..

klik kt ' Malaysia'
Klik ' Takwim Solat'
Pilih Negeri, Zon dan pilih Tahunan--- CARI


Scroll ke bwh, pilih 'Julai'

Ok, dah dapat waktu solat untuk Julai 2014!!

Diharapkan artikel ni dapat sedikit membantu untuk yang mmg susah nak dapat waktu solat. Kat sini jugak CikHati nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak.Semoga setiap amalan baik kita pada bulan ini dapat diterima Allah swt dan dilipat gandakan. Amin.





Sekian coretan,
cikhatimerahjambu






Tuesday 24 June 2014

Persediaan Perkahwinan

Assalamualaikum semua,
Pasti ramai pasangan di luar sana dh buat planning utk berkahwin kan? CikHati pun nak kawen dah..hehehehe.... InsyaAllah dalam bulan 8 nie. Doakan la semoga majlis perkahwinan CikHati berjalan lancar ye. Ok, dah abis introduction, now we back to our main topik ok?

Most probably problem for couple yang dah nak berkawen mesti tak tau mana satu nak bt dulu kan. CikHati dgn En.R pun mula2 serabut jugak kepala otak kitorang bila fikirkan apa nak buat dulu. So, sbg alternatif, CikHati search dalam internet pasal preparation nk kawen- kawen ni senang cite- Wedding Checklist.
Jeng jeng.......inilah dia,


Feeling excited x? Now, next page..Lakaran Asas Majlis Perkahwinan Impian dan Aturcara Majlis.


Then, Senarai Semak Barang Keperluan:



Gerak kerja untuk future B2B sekalian,






Macam CikHati punya majlis, kitorang tunang setahun. Kalau untuk B2B yg less than that, Cik Hati rasa boleh lagi nak sesuaikan checklist ni ikut keperluan. Cik Hati jugak akui few items dalam ni takde la penting sangat tp yang penting kita buat ikut kemampuan, ye ke idok..? Checklist ni cuma nak bagi guideline je. CikHati dan En.R tak ikut 100% pun. APA YANG PENTING?? KERJASAMA!! Hopefully artikel ni bolehla nk jd pedoman bakal pengantin semua. Kalau ada yang tak tau, tanya pada mak ayh, kakak, abg, adik dan kawan2 yg dh ada pengalaman nie. For futher info bab alam perkahwinan, boleh refer to http://syokkahwin.com/    dan  http://www.impianpengantin.com/

dan untuk full version wedding checklist ni, bole bukak http://syokkahwin.com/downloads/Checklist-Persediaan-Perkahwinan.pdf


notakaki: credits to http://syokkahwin.com/    dan  http://www.impianpengantin.com/
          

Sekian coretan,
cikhatimerahjambu



p/s: mgu depan InsyaAllah, Cik Hati update pasal vendor2 yang dipilih untuk hari perkahwinan Cik.