Wednesday 25 June 2014

Cara Mencari Kalendar Solat Bulanan- Khas utk Bulan Julai (Ramadhan)

Assalamualaikum semua,

Dah tak lama kita nak menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah berkesempatan lagi bertemu untuk kali nie. Jom kita refresh skit pasal puasa.

Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).

Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut ( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya.” 

Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam matahari”.  


Syarat sah puasa: beragama islam, baligh, berakal & bebas dari uzur syarie. Hmmmm, ape benda uzur syarie?  Korang boleh dapat in detail bab puasa kt link ni  http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/syarat-wajib-puasa.html




--Bab Cari Kalendar Solat lak--


Ok. Skang ni  pasti ada yg tercari- cari kalendar utk masuk waktu subuh dan maghrib. Meh CikHati ajar mcm mana nak cari.

2. Korang akan nampak ni..

klik kt ' Malaysia'
Klik ' Takwim Solat'
Pilih Negeri, Zon dan pilih Tahunan--- CARI


Scroll ke bwh, pilih 'Julai'

Ok, dah dapat waktu solat untuk Julai 2014!!

Diharapkan artikel ni dapat sedikit membantu untuk yang mmg susah nak dapat waktu solat. Kat sini jugak CikHati nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak.Semoga setiap amalan baik kita pada bulan ini dapat diterima Allah swt dan dilipat gandakan. Amin.





Sekian coretan,
cikhatimerahjambu






2 comments:

  1. What does casino pay me? - Casino Bonuses 777
    What is casino pay me? Casino Bonuses are the bet 뜻 most popular 바카라필승전략 casino slots, made especially 벳 페어 in Australia, 룰렛 사이트 New 포커 카드 Zealand and South America. With a welcome bonus of

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino Resort - MapYRO
    Harrah's 파주 출장안마 Cherokee 부산광역 출장안마 Casino Resort, NC. Directions · (904) 276-5000. Call Now 충청남도 출장마사지 · More Info. Hours, Accepts Credit 목포 출장마사지 Cards, Attire, Wi-Fi, PokéStop, PokéStop  Rating: 4.1 아산 출장마사지 · ‎4 votes

    ReplyDelete